................................................................

Info Masjid Al - Iman
Masjid Al-Iman terletak di pertengahan kawasan estet Bandar Baru Bukit Panjang. Majlis pembentonan Masjid Al-Iman telah dirasmikan oleh Penolong Mufti ketika itu, Ustaz Hj Syed Ahmad Syed Mohamed dan disaksikan Datuk Bandar Kawasan Barat Laut dan Anggota Parlimen untuk Holland – Bukit Panjang GRC (kini dikenali sebagai Datuk Bandar Kawasan Barat Laut dan Anggota Parlimen untuk Bukit Panjang), Dr Teo Ho Pin pada tanggal 26 September 2000.
Masjid Al-Iman mula beroperasi pada tanggal 2 Mei 2003 dan telah dibuka dengan rasminya oleh Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Sekitaran dan Sumber Air & Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Ahad 19 September 2004.
Beberapa usaha mendekati masyarakat telah dilakukan untuk mempamerkan kepedulian dan keperihatinan yang khusus kepada masyarakat Islam yang memerlukan bantuan; menjalin ikatan harmoni dengan masyarakat bukan Islam dan menjalin hubungan kerja yang efektif dengan organisasi-organisasi akar umbi di kawasan Bukit Panjang, Zhenghua dan Cashew.
Masjid Al-Iman berfungsi sebagai pusat tumpuan masyarakat Islam beribadah dan berjemaah dalam kegiatan keagamaan yang berkualiti untuk membentuk sebuah masyarakat Islam yang baik dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum. Selain itu, usaha gigih akan terus dilakukan untuk menjadikan Masjid Al-Iman sebuah institusi yang dinamik mempromosikan agenda nasional dan perpaduan sosial dari hanya sekadar tempat beribadah dalam negara berbilang bangsa dan agama.
Masjid Al-Iman akan terus berusaha menjadikan masyarakat Islam sebagai masyarat yang boleh menyesuaikan diri (adaptif), inklusif, penyumbang dan progresif menerusi program program yang diterapkan dengan pengisian yang baik.
Misi
Membangunkan Ummah Menerusi Pembelajaran, Pentarbiyahan dan Dakwah Islamiah
Visi
Pusat Perpaduan, Kemajuan dan Kecemerlangan Ummah Duniawi dan Ukhrawi
Nilai
Syura
Iltizam
Hormat
Amanah
Taqwa
Staff Funpage
Jabatan Pendidikan Madrasah
Jabatan Pendidikan
Tadika
Unit Perkhidmatan Korporat
Jabatan Penyelenggaraan Masjid
Unit Pembelajaran Islam & Pembangunan Belia
EMC - North West Mosque Cluster Office
Unit Pembangunan Sosial
Jabatan Pembangunan Belia