SOCIAL DEVELOPMENT UNIT
..........................................................................................................

Ummi Humairah Al - Iman (UHAI)

Misi
Membangunkan kecekapan dan potensi Muslimah dalam era ekonomi baru

Visi
Muslimah yang bingkas dan berdaya tahan

Mengenai UHAI
UHAI merupakan tulang belakang masjid. Kebolehan mereka mengerakkan semua peringkat Muslimah untuk kerja-kerja sukarela dalam operasi aktiviti masjid memang hebat.  Dalam banyak hal, Muslimah dapat dengan sendirinya menjayakan pesta amal, jamuan teh, pungutan derma dan pelbagai rancangan cukup berkesan untuk masjid.  

Bagi aktiviti-aktiviti dalaman, UHAI begitu aktif dalam kerja-kerja memungut dan menjual barangan terpakai, penjualan makanan pada malam Khamis semasa kelas agama, program menjaga kesihatan, menjadi pendamping “golongan susah” dan “golongan tercabar” seperti ibu tunggal, ibu remaja dan sebagainya.  Program peningkatan diri dan sosial juga disiapkan untuk mereka yang sekali gus dapat menjalin silaturahmi dikalangan Muslimah dan jemaah. 

Kegiatan luaran termasuk lawatan ketempat tempat menarik dan bekerjasama dengan badan badan sosial dan civic di kawasan Bukit Panjang.  UHAI juga memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan Muslimah dari masjid lain dan pertubuhan akar umbi dengan menyertai aktiviti aktiviti anjuran mereka.

UHAI adalah salah satu anggota MERAK (Menjalin Rangkaian Kerja)


Jabatan Kebajikan dan Pendekatan (JPK)

Misi
Menjalin hubungan kerja yang rapat dan bersifat ihsan serta ramah dengan penduduk penduduk Bukit Panjang

Visi
Masjid Al-Iman sebagai pusat khidmat setempat untuk semua penduduk Bukit Panjang.

Mengenai JPK
Kejayaan JPK mendekati mereka yang susah dan kurang berkemampuan adalah menerusi jalinan  kerjasama dengan pertubuhan lain seperti Majlis Pembangunan Masyarakat Northwest (NWCDC), Majlis Bandaran Holland - Bukit Timah, Pendaftar Pernikahan  Islam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Pusat Khidmat Keluarga Bukit Panjang (FSC), Kelab Masyarakat (CC), Jawatankuasa Penduduk (RC), sekolah berdekatan dan penduduk Bukit Panjang.

Sukarelawan JPK mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk memberi sokongan moral kepada penerima bantuan yang sedia ada serta yang baru.  JPK juga mengagihkan kupon makanan bulanan dan makanan yang didermakan oleh para jemaah.  Sokongan ibu bapa telah juga dibentuk untuk mendampingi masyarakat yang memerlukan bantuan.

JPK juga menganjurkan program untuk memperkasa penerima bantuan mendapat pendapatan bulanan secara tetap untuk membantu keluarga mereka seperti jualan pada hari Jumaat, dapur masyarakat dan dapur rahmat.  Program sosial dan peningkatan seperti money sense, ceramah motivasi, perkelahan dan lawatan juga dianjurkan.


Qaryah

Misi
Menyediakan sokongan operasi dan logistik untuk semua aktiviti Masjid Al-Iman untuk memastikan kejayaan majlis

Visi
Pasukan yang menjuarai semangat perpaduan, kemajuan dan kecemerlangan didunia dan akhirat untuk masyarakat Islam.

Mengenai Qaryah
Qaryah membantu mendekati masyarakat Islam yang tidak ke masjid, terutama mereka yang memerlukan bantuan.  Ia bermula dengan 20 orang anggota pada tahun 2001 dan berkembang kini seramai 100 anggota.  Ahli Qaryah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan semua  majlis yang dianjurkan oleh Masjid Al-Iman dan kumpulan lain dalam kejiranan.  Qaryah memainkan peranan penting dalam menghidupkan semangat gotong royong di kalangan penduduk Bukit Panjang.

Salah satu kegiatan yang dikelolakan oleh Qaryah ialah “make over brigade”, di mana anggotanya dan sukarelawan lain bekerjasama membantu penduduk Bukit Panjang tidak mengira bangsa dan agama menjalankan kerja kerja pembaikan seperti mengecat, pembersihan dan sebagainya.

Seperti unit unit lain, sesi motivasi dan perbincangan juga dianjurkan untuk anggota Qaryah dengan tujuan meningkatkan hubungan dan silaturahmi dikalangan penduduk dan sekali gus menarik lebih ramai penduduk Bukit Panjang untuk memakmurkan Masjid.


Warga Emas

Misi
Menjaga gaya hidup yang sihat menerusi kekuatan minda, jasmani dan kerohanian

Visi
Pusat cemerlang dan perpaduan untuk warga emas

Mengenai Warga Emas
Kelab warga emas telah ditubuhkan pada 4 January 2004 dengan beberapa anggota sahaja.  Kini jumlah keanggotaannya telah meningkat lebih dari 200 orang yang kebanyakannya suri rumah dan persara berumur 45 tahun ke atas.

Setiap pagi Ahad, mereka akan berjalan pantas beramai-ramai diikuti dengan senaman di bawah alunan music Gamelan.  Program peningkat diri seperti hukum Faraid, aromatheraphy, cara makanan sihat juga dianjurkan.  Pemeriksaan kesihatan seperti darah tinggi, berat badan juga diadakan untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat.


html tracker