PEMBANGUNAN
SEMULA MASJID ASSYAKIRIN
|
 |
Masjid Assyakirin
yang terletak di 550 Yung An Road
Singapura 618617 telah dibangunkan
semula dengan kos kira-kira S$10.2
juta untuk menampung keperluan dan
tuntutan syarak bagi penduduk-penduduk
di kawasan Jurong. Projek pembangunan
semula ini selesai pada akhir tahun
2002.
Lembaga Pentadbir Masjid Assyakirin
telah mendapat kebenaran daripada
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
untuk mengadakan pelbagai projek bagi
mengumpul dana pembangunan semula
Masjid Assyakirin.
|
Masjid Assyakirin
yang asal telah dibina dan dirasmikan pembukaannya
pada 30 April 1978 bersamaan dengan 22 Jamadilawal
1938. Ia adalah masjid generasi baru yang
ketiga dibina dalam Tahap Pertama dengan
kos bangunan dan kos tanah berjumlah S$1,270,950.59.
(tidak termasuk perlengkapan dalaman masjid).
^top
|
|
SEBAB-SEBAB
PEMBANGUNAN SEMULA
Keputusan
untuk membangunkan semula Masjid Assyakirin
adalah berdasarkan hasil kajian terperinci
yang telah dibuat oleh MUIS pada tahun 1997.
Kajian itu menunjukkan:
- Pembangunan yang pesat
akan berlaku dalam jangka masa lima
tahun ini di kawasan Jurong . Flat-flat
lama telah dibangun-gantikan dengan
flat-flat baru.
- Pembangunan yang pesat
juga akan berlaku di kejiranan Jurong
West Extension. Dijangka akan bertambah
ramai penduduk Islam yang berhijrah
ke kawasan ini. Dari itu, Masjid Assyakirin
yang hanya boleh menampung jemaah seramai
kira-kira 3,000 orang, tidak akan mampu
menampung lebih jemaah pada hari-hari
kelepasan. Keadaan ini akan menjadi
lebih buruk pada masa hadapan apabila
pembangunan menyeluruh di kawasan sekelilingnya
tamat.
- Masjid Majapahit memberi
laluan pada tahun 2000, besar kemungkinan
bertambahnya bilangan jemaah Masjid
Assyakirin.
- Keluasan tanah Masjid
Assyakirin tidak dipergunakan sepenuhnya.
Ukuran kasar keluasan lantai adalah
2,549.34 meter persegi sedangkan ia
boleh diperluaskan lagi kepada 3,231
meter persegi.
- Kos efektif terutama
sekali ianya dimulakan pada masa harga
kos pembinaan yang rendah.
Berdasarkan
kajian di atas dan beberapa faktor lain
iaitu penyediaan kemudahan moden untuk jemaah,
kos efektif, rekabentuk yang optimum dan
lain-lain keperluan teknikal, MUIS mengambil
keputusan untuk membangunkan semula Assyakirin.
Keputusan ini selari dengan usaha-usaha
pemerintah dalam program peningkatan nasional.
^top
|