Jabatan Muslimah Alwafiyah Hasanah

Assalamualaikum Wrb,

Jabatan Muslimah Al-Wafiyah Hasanah telah ditubuhkan pada bulan Jun 2004. Sehingga kini, Al-Wafiyah telah mempunyai seramai 54 ahli yang terdiri daripada suri rumah tangga.

Jabatan Muslimah Al-Wafiyah Hasanah berkerjasama bersama Masjid Hasanah untuk manjayakan beberapa projek yang termasuk mengumpul dana.

Al-Wafiyah juga telah diiktirafkan menjadi ahli keluarga Lembaga Masjid Hasanah(LPM).

Pelancaran Rasmi Jabatan Muslimah Al-Wafiyah Hasanah telah diadakan pada tarikh 28 Jun 2006. Pada hari yang sama, Jabatan Muslimah Al-Wafiyah Hasanah telah membuka pintu untuk mengambil ahli-ahli baru untuk Kumpulannya.

Disini juga, Al-Wafiyah sangat mengalu-alukan kepada orang ramai untuk sama-sama menjadi ahli keluarganya.

Di samping itu, Jabatan Muslimah Al-Wafiyah Hasanah telah meraikan Ulang Tahunnya yang pertamanya, di dewan seberguna Teban Gardens pada tarikh 24th September 2005.

Pada bulan May 2005, Al-Wafiyah telah menyambut Hari Ibu di Johor.

Tahun ini, pada bulan May 2006, Al-wafiyah menyambut Hari Ibu di Auditorium Masjid Hasanah dengan penuh meriah.

Pada tarikh 11 Mac 2006, Al-Wafiyah telah membuat Lawatan ke Malaysia, Nilai-3.

Jabatan Al-Wafiyah Hasanah juga menyediakan khidmat Kendarat untuk Majlis Perkahwinan.

Untuk menjadi ahli keluarga kami, anda boleh memuat turunkan borang yang tersedia untuk diisikan dan email kepada kami.

Di alamat: al_wafiyah_hasanah@yahoo.com

Disini juga, kami berbesar hati untuk menerima sebarang pertanyaan atau maklum balas dari anda.

Sekian.

Click here to visit our own Jabatan Muslimah Alwafiyah Hasanah Page

Terima Kasih.

Wassalam

Copyright@ Masjid Hasanah. All Rights Reserved.