image
image
 

image


Darul Quran Masjid Kampung Siglap 


 


Moto

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari AlQuran dan mengajarkannya.

...kembali ke atas


Visi

Sebuah institusi yang menghasilkan para Huffaz, Qurra dan guru-guru Al-Quran yang diikhtiraf, bertauliah dan berkualiti untuk dimanfaatkan oleh masyarakat Singapura.

...kembali ke atas


Misi

Misi Darul Quran adalah untuk mewarwarkan kepentingan Al-Quran dari sudut pembacaan, kefahaman dan pengamalan Quran di Singapura.  

...kembali ke atas


Matlamat

  • Memelihara prinsip asas serta kaedah pembacaan dan penghafalan Al Quran
  • Mencerna tahap pengukur kualiti bagi pembacaan, penghafalan dan tenaga mengajar Al Quran.
  • Memantau taraf pembacaan dan penghafalan Al Quran di Singapura
  • Menghasilkan program yang diikhtiraf untuk menghargai, memahami dan mengamalkan Quran di zaman ini.
  • Mempromosikan Quran sebagai rujukan utama bagi motivasi dan peningkatan diri yang berterusan untuk mencapai kejayaan di dunia & akhirat.  

...kembali ke atas


Pengenalan

Darul Quran adalah suatu tempat atau institusi yang kami sediakan khusus untuk pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran.

Darul Quran adalah satu-satunya sebuah institusi Pengajian Al-Quran di Singapura khusus untuk  pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran yang disediakan oleh Masjid kampung Siglap. Ia menawarkan program pembangunan dan peningkatan ilmu dengan al-quran yang mampu membentuk kesahihan fikrah Islamiyah, yang menjurus kepada penghayatan Islam yang syumul untuk semua lapisan dan golongan masyarakat.

Darul Quran diperlengkapkan dengan kombinasi komponen –komponen yang terdapat di dalamnya, menjadikan Darul Quran sebagai institusi pengajian Al-Quran yang menyeluruh. Ia terdiri daripada Pusat Pengajian Al-Quran yang menjadi induk penubuhan Darul Quran, diikuti Pusat Tahfiz Al-Quran, Pusat Pra-Sekolah, dan Madrasah Mingguan, yang mempunyai peranan tersendiri dalam membekalkan pembelajaran Al-Quran kepada masyarakat.

Darul Quran terletak di Masjid Kampung Siglap, di kawasan timur di alamat 451 Marine Parade Road.  

...kembali ke atas


Keperluan masyarakat terhadap Darul Quran

Darul Quran amat diperlukan oleh umat Islam di Singapura kerana belum terdapat sebuah institusi yang mengkhususkan pembelajaran Al-Quran.

  • Mutu bacaan yang belum setanding dengan para qari/qariah negara –negara jiran di ujian tilawah peringkat antarabangsa.
  • Mutu bacaan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang masih belum memuaskan
  • Kefahaman masyarakat dari aspek  intisari/kandungan Al-Quran masih cetek
  • Masih wujud golongan yang belum celik Al-Quran
  • Untuk mengelakkan eksterimism dalam agama perlu diadakan pembelajaran Al-Quran dalam Singapura supaya pelajar-pelajar tidak dipengaruhi anasir-anasir luar yang tidak diingini
  • Penyelarasan ilmu Al-Quran dengan masyarakat majmuk Singapura
  • Memastikan program yang berstruktur  dan relatif antara satu sama lain
  • Melahirkan golongan pelapis
  • Melahirkan dan membentuk calon-calon imam dan bilal yang berkaliber dalam bacaan Al-Quran
  • Melahirkan lebih ramai huffaz sebagai penjaga kandungan Al-Quran
  • Mewujudkan generasi moden yang selalu meletakkan Al-Quran sebagai rujukan utama

...kembali ke atas


Keistimewaan dan Kelebihan Darul Quran

  • Piawaian bagi program dan ujian
  • Asatizah dan pelatih yang bertauliah
  • Menyediakan program bernilai tambah
  • Gabungan dan kerjasama dengan institusi-institusi  Al-Quran antarabangsa
  • Lembaga Peperiksaan terdiri daripada ulama’ asatizah setempat dan serantau
  • Program tidak terhad kepada peringkat umur. (Kami ada dalam senarai pelajar  daripada usia 4 tahun sehingga 70 tahun)
  • Program Darul Quran menyediakan kursus-kursus untuk semua dari golongan yang buta huruf Al Quran sehingga kursus peningkatan untuk guru-guru Al Quran  

...kembali ke atas


Sejarah Ringkas Penubuhan Darul Quran

Ditubuhkan pada tahun 1998, mula beroperasi sebagai salah satu jabatan di bahagian Ibadah dan Dakwah di Masjid Kampung Siglap. 

Kursus pertama yang dianjurkan adalah Kursus Cara Cepat dan Tepat Belajar/Mengajar AlQuran Kaedah Iqra oleh dua pakar dari Indonesia pada Mac 1998.

Berikutnya pengambilan pelajar pertama kelas Iqra  bermula. Kaedah pengajaran berdasarkan talaqqi musyafahah secara individu antara guru dan murid. Masa dan waktu yang fleksibil sesuai untuk pekerja shif dan kanak-kanak sekolah yang mempunyai jadual yang ketat. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Mereka datang dari seluruh pelosok Singapura.

Pengembangan program berjalan dengan pesat dan yang paling menyerlah ialah dengan penubuhan Pusat Tahfiz AlQuran dengan kerjasama MUIS pada 1999. Pada tahun 2000 Sijil Tajwid AlQuran yang disasarkan untuk guru-guru AlQuran dianjurkan dengan matlamat untuk mempertingkat kemahiran ilmu mereka khasnya dan kualiti pembacaan umat Islam Singapura amnya. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Datok Hassan Azhari dan pakar-pakar AlQuran dari Malaysia. Pada tahun 2001 pula buat julung-julung kalinya di Singapura, Kursus Menterjemah AlQuran Sistem Harfiyyah telah dilancarkan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, seramai 1800 pelajar telah mengikuti program Darul Quran Masjid Kampung Siglap.  

...kembali ke atas


Strategi

a) Bekerjasama dengan Institusi Al-Quran serantau dan antarabangsa untuk tujuan mendapatkan pengikhtirafan bagi Sijil Darul Quran.

b) Menarik bakat-bakat tempatan, serantau dan antarabangsa untuk melakarkan, mengembangkan dan menyampaikan program-program Quranik yang berkualiti.

c) Melahirkan graduan yang dapat menyumbang, mempromosikan dan mengembangkan pengajian Al Quran dalam masyarakat.

e) Menjalinkan kerjasama dan hubungan bersama masyarakat agar mendapat sokongan yang berpanjangan.

...kembali ke atas


Program–Program Darul Quran

Program Matlamat Kaedah
KLINIK IQRA' Pembasmian buta-huruf Al-Quran untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.
  • Membolehkan peserta membaca al-Quran dengan bertajwid  

  • Dibuka kepada semua lapisan masyarakat  

  • Memudahkan para pekerja syif untuk datang     pada  waktu-waktu yang bersesuaian dengan waktu kerja mereka
Dua kali seminggu dari Isnin hingga Sabtu

Menggunakan kaedah Iqra’. Murid diajar talaqqi musyafahah (berhadapan dengan guru) secara individu 

Program ini dilakar kepada :

  • a) Penekanan pada makhraj
  • b) Mengenal sebutan huruf bebaris
  • c) Bacaan pendek dan panjang
  • d) Huruf-huruf MAD dan
  • e) Praktikal tajwid
  • f) Membolehkan peserta bertilawah dengan tartil dan khatam Al-Quran.
TAHSIN AL-QURAN
  • Peningkatan kemahiran pembacaan Al-Quran  

  • Memperhalusi hukum tajwid dan makhraj huruf  

  • Talaqqi musyafahah bersama guru yang bertauliah
Disampaikan secara talaqqi dan musyafahah
PRA-TAHFIZ Mempersiapkan peserta untuk program Tahfiz anjuran Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura Bimbingan kaedah penghafalan Juz 30 dan surah lazim dan menghafal sekurang-kurangnya 1 surah wajib dan 2 surah pilihan

Surah Al Kahfi (surah wajib)

Surah Yaasin(surah wajib)

Surah A-Sajadah (surah pilihan)

Surah Ar-Rahman (surah pilihan)

Surah Al Waqiah (surah pilihan)

Surah Al-Mulk (surah pilihan)

Kursus Menterjemah Al-Quran (Sistem Harfiyyah) Menterjemah dan memahami Kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasul saw yang menjadi sumber syari’at Islam
  • Bimbingan memberi arti yang betul bagi setiap lafadz dan bagi satu-satu rangkap ayat Al-Quran  

  • Pemindahan maksud dari uslub bahasa Arab kepada bahasa Melayu  

  • Pedoman mengenal bentuk kalimat Al-Quran dan cara memberi arti yang betul  

  • Ilmu Sharaf dan Nahu dan selok-beloknya
SIJIL TAJWID AL-QURAN Mempertingkatkan kemahiran guru-guru  dalam pengajaran Al-Quran dari pakar-pakar ilmu tajwid Malaysia
  • Bimbingan cara menulis penuturan huruf-huruf Al-Quran

  • Penerangan hukum-hukum tajwid  

  • Bertalaqqi dengan guru yang muktabar untuk membetulkan dan memperkemaskan tilawah Al-Quran  

  • Ujian talaqqi dan teori diakhir setiap modul
SISTEM TALAQQI (BERSANAD) Mempertingkatkan kemahiran, ketelitian dan kesempurnaan , sebagai salah satu rukun yang utama dalam  pembacaan Al-Quran
  • Guru membaca di hadapan murid kemudian diikuti oleh bacaan murid  

  • Murid sahaja yang membaca di hadapan guru  

  • Membaca dari Al-Fateha hingga Surah An-Nas  

  • Tauliah Sijil Sanad setelah khatam
SENI TARANNUM Al-QURAN Memelihara seni yang telah lama wujud daripada luput ditelan zaman 
  • Tarannum ‘Ala Hijazi  

  • Tarannum ‘Ala Masri  

  • Tujuh bentuk tarannum iaitu bayati, hijaz, sikah, soba, ras, jaharkah dan nahwand  

  • Tarannum murattal Mujawwad/tartil dan murattal tadwir
Bimbingan johan qari peringkat antarabangsa di Malaysia dan Libya

PUSAT TAHFIZ AL-QURAN
  • Untuk melahirkan generasi huffaz.  

  • Untuk mempertingkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya menghafaz Al-Quran.
 
MADRASAH
  • Melahirkan Individu Muslim yang memahami Islam  

  • Melahirkan Individu Muslim yang boleh membaca, memahami, menghafaz dan mengamalkan Al-Quran  

  •  Membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan bersama madrasah masjid peringkat darjah 6 yang diselaraskan oleh MUIS  

  •  Melahirkan para Du’at
KELAS RENDAH (6 tahun)
  • Ad Diyanah
  • (Tauhid & Fiqh)
  • Al-Quran & Hafalan
  • Bahasa Arab/Jawi
  • Sirah & Akhlaq

KELAS MENENGAH (4 tahun)

  • Hadith
  • Fiqh
  • Tajwid/Tafsir
  • Sirah
  • Aqidah
  • Arabic

KELAS DEWASA (3 tahun)

  • Hadith
  • Fiqh  
  • Tajwid/Tafsir
  • Sirah
  • Aqidah

 

TADIKA MASJID KG SIGLAP Beriltizam untuk mengembangkan potensi setiap Murid, setiap Guru dan setiap ibu bapa.

Menyediakan dan membangunkan kurikulum yang dinamik serta bersepadu dan menyeluruh sebagai penerapan Islam, yang berdasarkan Al Quran dan Sunnah sebagai prinsip dan kepercayaan dengan menggunakan teknologi serta cara pembelajaran awal yang terbaik

SUBJEK

Inggeris, Melayu, Bahasa Arab, Mathematics, Kreativiti, Geography, Ilmu Hisab, Social Studies, IQRA’ , Hifzul Juz 'Amma, Du'a Harian, Hadis Pilihan, Lukisan & Kraf Tangan, Aktiviti Luar & Bergerak (setiap Selasa & Khamis

 

...kembali ke atas


Tenaga Pengajar

Tenaga Pengajar IQRA’ , Pra Tahfiz & Pusat Tahfiz Sepenuh masa

Ustaz Mohd Azmi Ismail

Ijazah Kelas 1, Al Quran & Qiraat

(University Maahad Qiraat  Shubro Al-Azhar, Mesir)

Ustaz Mahyudin Sabri Zainal Diploma Pengajian Islam Syariah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Sijil Tajwid Al-Quran Darul Quran, MKS

Tenaga Pengajar IQRA’ , Pra Tahfiz & Pusat Tahfiz Separuh masa

Ustaz Effendi Ahmad Sijil Pendidikan Islam PERGAS, Sijil Pembimbing Qiraati
Ustaz Anwar Aliman Sijil Pendidikan Islam PERGAS, Sijil Tajwid AlQuran Darul Quran, MKS
Ustaz Azmay Marmin Sijil Pendidikan PERGAS
Ust Omar Bin Mokti Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, JAKIM, M'sia
Ust Mahmoud Mathlub Bin Sidek B.A Syariah Universiti Madinah, Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat , JAKIM
Ust Jamaedah Ahmad Guru Al Quran, Sijil Tajwid Al-Quran Darul Quran,MKS
Ust Nazmah Sallim Sijil Pendidikan Islam PERGAS, Sijil Tajwid Al-Quran Darul Quran, MKS

Tenaga Pengajar kelas Harfiyyah  Separuh masa

Ust Mohammad Yahaya Mahamud Institute KTF

Tenaga Pengajar Sijil Tajwid Al Quran  Asatizah Jemputan

Ustaz Hj Muhamad Hasri (Pensyarah Tarannum di Darul Quran JAKIM dan bekas johan peringkat kebangsaan, antarabangsa dan guru kepada johan qari peringkat antarabangsa 2003)
Ustaz Sallehudin Omar Al-Hafiz (Mantan Pengetua Darul Quran Malaysia dan Pengetua Institut Tahfiz AlQuran Brunei Darussalam)

Tenaga Pengajar Madrasah Mingguan (Sambilan)

Abdul Latiff Bin Mohamed O Levels & Sijil Pendidikan Islam PERGAS
Abdul Rahim Yusoff O Levels, NTC 3, Sijil Pendidikan Islam PERGAS
Adam Salleh STU (Syariah) Nilam Puri
Azmay Marmin O Level, NTC 3, Sijil Pengajian Islam PERGAS
Halimah Abdul Karim Diploma (Al Quran & Sunnah), STU (Syariah) Nilam Puri ITC
Husny Jasin Amin Sahib B.A (Hadith) University Madina
Mohd Ghazali Mohd Said STU (Pondok Modern Gantor)
Mohd Amin Kadir

Sijil Pendidikan Islam UTM

Bachelor of Science _ American International University

Muji Hochri

Degree (HR Management)

Diploma (Civil Engineering) Singapore Polytechnic

Sijil Pendidikan Islam PERGAS

Nuraisyah M. Taramiah Diploma (Kusza)
Saadah Binte Hasan O levels
Scanif Mokhtar B.A Education – University Kuwait
Sharifa Adelina Diploma in Biotechnology

Tenaga Pengajar Pra Sekolah Masjid Kg Siglap (Sepenuh Masa)

Normah Bte Easa Undergoing Specialist Diploma in Early Childhood   
Noor Ieniah Bte Karmani Certificate of Preschool Teacher Trained, Undergoing Diploma in Early Childhood – Teaching
Noorbaktiah Bte Abdul Wahab Fundamentals in Early Childhood, Undergoing Diploma in Teaching & Leadership
Ismanira Ithnin Certificate in Childcare and Child Development – Fundamentals
Siti Sharifah Bte Sadon Undergoing Diploma in Preschool Education – Teaching
Suraiya Abdul Rahman Wok

Undergoing Diploma in Preschool Education – Teaching  

Zuraidah Bte Ahmat Certificate of Preschool Teacher Trained, Diploma in Early Childhood Teaching

...kembali ke atas


PENCAPAIAN

1 15 pelajar telah berjaya mengkhatam Al Quran sejak mula mengikuti program Iqra dan selanjutnya menyambung pelajaran mereka ke peringkat Tahsin Al Quran.
2 2 pelajar Sijil Tajwid telah mewakili Singapura dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa)
3 Menghasilkan 1 pelajar yang telah tamat menghafal keseluruh 30 Juz Al Quran
4 6 pelajar telah mewakili Singapura di pertandingan dalam penghafazan 20 juz Al Quran di Mekah Al Mukarramah & Kaherah, Mesir.
5 22 orang yang telah menggunakan Darul Quran sebagai platform untuk menyambung pelajaran ke luar negeri seperti di KISDAR, DARUL QURAN, MARSA, UIA, Al-AZHAR & ISKANDARIAH
6 Madrasah Mingguan yang baru berusia sekitar 5 tahun mendapat tempat ke 8 yang terbaik dari 49 madrasah masjid/pusat pengajian Singapura.  Pelajar kami lulus 100% dengan pencapaian pelajar terbaik mendapat 3A*, 1A dan 1B. 

...kembali ke atas


Sumbangan Anda Diperlukan

Menyedari tentang keperluan Darul Quran ini, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi setiap individu Muslim Singapura untuk  memastikan kewujudannya. Sumbangan anda terhadap Darul Quran adalah perlu untuk:

  • Menyediakan ruang yang sesuai untuk pembelajaran iaitu dari prasarana AVA, Komputer dan lain-lain lagi.
  • Membuat penyelidikkan bagi sentiasa  mempertingkatkan mutu pengajaran atau kaedah pengajaran Al-Quran.
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan
  • Suasana pembelajaran yang lebih selesa
  • Membangun pelbagai program Al-Quran yang berkualiti

Sumbangan anda akan menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai generasi yang cinta Al-Quran dan akan tercerna para ilmuan seperti yang wujud dari zaman kegemilangan Islam.

...kembali ke atas


RANCANGAN MASA HADAPAN

...kembali ke atas


 

...kembali ke atas


BANGUNAN 4 TINGKAT DARUL QURAN

------------

------------

------------


   Return to top