Logo Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura memaparkan usaha bersepadu untuk melahirkan generasi penghafal Al-Quran (al-jil Al-Qur'an).

Ciri utama loga tersebut adalah perkataan 'tahfiz' yang berwarna putih. Ia melambangkan kemurnian dalam penghafalan. Huruf 'z' dibentuk secara abstrak bagi memaparkan kedua-dua 'mushaf' dan perkataan 'Quran'.

Perkataan 'Quran' adalah dalam bentuk abstrak berwarna coklat. Ia melambangkan kewujudan Al-Quran sejak beberapa kurun dahulu lagi yang telah membentuk tamadun 'rabbaniyah' dimana Al-Quran adalah tumpuan utama dalam kehidupan mereka. Huruf 't' yang berwarna kuning melambangkan bahawa Al-Quran kekal sebagai cahaya panduan dalam semua aspek kehidupan manusia.

Perkataan 'Quran' juga berlatar-belakangkan warna biru kecoklatan. Ini melambangkan Al-Quran sebagai wahyu terakhir bagi manusia. Ia mengandungi petunjuk dan hidayah untuk kita menyemai masyarakat Islam yang cemerlang.

Kedua-dua logo MUIS dan Lembaga Pentadbir Masjid Kampung Siglap disertakan bersama dalam logo Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura. Ia menunjukkan komitemen bersepadu MUIS dan Masjid Kampung Siglap untuk menjayakan Pusat ini.